Amaran angin kencang di Pantai Timur

Amaran angin kencang. laut bergelora yang dikeluarkan Jabatan Meterologi Malaysia
Amaran angin kencang. laut bergelora yang dikeluarkan Jabatan Meterologi Malaysia
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di perairan Pantai Timur sehingga Khamis ini.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Ia dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah Barat.

Keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai bot-bot kecil dan rekreasi laut.

Jabatan ini turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua untuk perkapalan di kawasan perairan utara Condore, utara Reef North dan utara Palawan.

Angin kencang Timur Laut dijangka berlaku dengan kelajuan 50 hingga 60 kmsj manakala ombak boleh mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Artikel Berkaitan: