X

Kindly register in order to view this article
!

Dewan Pertuanan lulus undang-undang tangguh Brexit

Rang undang-undang penangguhan Brexit itu diluluskan Parlimen pada Rabu lalu.
A
A

LONDON - Dewan Pertuanan Britain semalam memberikan kelulusan akhir kepada undang-undang yang akan memaksa Perdana Menteri, Boris Johnson menangguhkan Brexit apabila sekali lagi memberi tamparan hebat kepada beliau selepas cadangan pemimpin itu untuk mengadakan pilihan raya awal ditentang parti pembangkang.

Bagaimanapun, draf itu perlu mendapat perkenan rasmi Ratu Elizabeth II sebelum ia dikuatkuasakan sebagai undang-undang yang melanjutkan tarikh akhir Brexit kepada 31 Januari 2020.

Terdahulu, bekas Datuk Bandar London itu menyatakan beliau rela mati dalam parit daripada meminta langkah penangguhan Brexit dan Johnson juga mahu mengadakan pilihan raya awal yang akan memberikan mandat kepadanya untuk membawa Britain keluar dari EU dengan atau tanpa perjanjian.

Beliau turut melancarkan kempen di Scotland dan cuba meraih sokongan nelayan yang juga penyokong kuat referendum Brexit pada 2016.

Dalam pada itu, Mahkamah Tinggi di London menolak tuntutan undang-undang yang membantah keputusan Johnson untuk menggantung Parlimen bermula minggu depan.

Tetapi, kes itu diberi kebenaran untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Agung dijadualkan pada 17 September ini.

"Pasukan undang-undang saya tidak akan berputus asa untuk berjuang demi demokrasi," kata ahli kempen pro-EU, Gina Miller. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus