X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

IPU Selangor meningkat

Gambar hiasan
A
A

SHAH ALAM - Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan trend meningkat di semua stesen sekitar negeri Selangor dengan mencatatkan bacaan sederhana antara 51 hingga 100.

Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dalam kenyataan berkata, kualiti udara dijangka akan mencapai tahap tidak sihat.

"Orang awam dinasihatkan supaya mengurangkan dan hadkan aktiviti luar serta meminum air yang banyak.

"Justeru itu, orang awam dinasihatkan juga supaya menggunakan penutup muka (facemask) bagi mengurangkan kesan pencemaran terhadap sistem pernafasan," katanya.

Katanya, semua agensi diminta melaksanakan pemantauan.

"Semua agensi diminta dalam keadaan waspada terhadap risiko berlakunya pembakaran terbuka," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!