Skinny Lolita, Xtreme Candy dicemari racun berjadual: KKM

Dr Noor Hisham - Foto Bernama
Dr Noor Hisham - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan orang awam supaya tidak membeli atau mengambil dua produk yang dikesan mengandungi racun berjadual iaitu 'Skinny Lolita' dan 'Xtreme Candy'.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Skinny Lolita dikesan mengandungi sibutramine manakala Xtreme Candy mengandungi tadalafil, berdasarkan analisis makmal yang dijalankan pihak Health Science Authority (HSA), Singapura.

"Semakan mendapati produk Skinny Lolita tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dan sehingga kini 81 paket produk itu telah dirampas oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM dengan nilai rampasan RM1,620," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata tiada produk Xtreme Candy ditemui di pasaran tempatan setakat ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: