800,000 tonton drama spontan Syahmi, Asif tak sampai 24 jam

Yoe dan Asif kini kembali menyengat dalam Drama Spontan 11 yang bertajuk Parent vs Guru yang mula disiarkan semalam.
Yoe dan Asif kini kembali menyengat dalam Drama Spontan 11 yang bertajuk Parent vs Guru yang mula disiarkan semalam.
A
A
A

KOTA BHARU – Walaupun baharu sahaja menyelesaikan isu salah faham baru-baru ini, Syahmi Sazli, Yoe Parey dan Asif Suhaimi kini kembali rancak meneruskan lagi impian mereka dengan kemunculan Drama Spontan 11 semalam.

Tidak sampai 24 jam di siarkan di laman Youtube, kini Drama Spontan 11 yang dibintangi Asif dan Yoe serta beberapa pelakon lain lagi itu sudah ditonton lebih 800,000 peminat setia bintang terkenal youtube itu.

Dengan adanya Drama Spontan 11, ia berjaya menutup segala tohmahan dan pandangan negatif yang dilemparkan kepada Syahmi dan Asif yang sebelum ini diuji dengan sedikit salah faham dalaman sehingga netizen ‘risau’ Asif tidak lagi akan bersama dalam drama spontan idea Syahmi itu.

Rata-rata komen netizen di video tersebut masing-masing bersyukur kerana Asif masih lagi berlakon bersama memandangkan sebelum ini wujud ura-ura mengatakan remaja istimewa itu mungkin tidak lagi bersama Yoe dan Syahmi selepas ini.

Asif masih lagi dengan wataknya yang bersahaja termasuklah Yoe yang banyak membantu membuatkan watak mereka berdua ‘hidup’ sehingga membuatkan netizen tidak kering gusi melihat telatah mereka yang jujur dalam setiap kata atau dialog yang diucapkan.

Drama Spontan 11 yang bertajuk Parent vs Guru itu membawa objektif yang cukup jelas kepada masyarakat tanggungjawab seorang guru dan ibu bapa dalam mendidik anak-anak sama ada di rumah mahupun di bangku sekolah.

Artikel Berkaitan: