Kolaborasi Honda dengan tiga jenama utama

A
A
A
HONDA Malaysia baru-baru ini mengumumkan kolaborasi strategik dengan tiga jenama utama. Gabungan Astro Radio, Tealive dan Unifi diharapkan mampu meningkatkan lagi penyertaan terhadap kempen Road to 900,000th Unit Milestone.

Kempen bersama cogan kata 'Terima Kasih 900K' dilancarkan bulan lalu itu nyata membentuk momentum untuk Honda Malaysia mencapai sasaran jualan yang ke-900,000 unit menjelang suku ketiga tahun 2019.

Menerusi kempen tersebut, Honda Malaysia menawarkan peluang untuk memenangi sembilan model Honda iaitu Jazz, City, BR-V, HR-V, City Hybrid, HR-V Hybrid, Civic, CR-V dan Accord.

Tiga daripadanya akan dihadiahkan menerusi peraduan yang dianjurkan oleh Astro Radio, Tealive dan Unifi.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, kerjasama dengan jenama-jenama tempatan itu julung kali buat Honda Malaysia.

“Kami sangat teruja dengan kempen ini. Ia menawarkan peluang untuk memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia atas sokongan mereka,” katanya dalam kenyataan media baru-baru ini.

Bagi menambah lagi keterujaan, Honda Malaysia turut mengumumkan pemenang pertama yang akan membawa pulang sebuah Honda Civic 1.5L Turbocharged.

Pengumuman tersebut dibuat di sebuah wakil pengedar Honda di Kelantan iaitu Ban Chu Bee Sdn Bhd.

Hadiah tersebut akan disampaikan kepada pemenangnya iaitu Mohamad Adib Fida’iy Mohamad Hanapi pada acara utama kempen Road to 900,000th Unit Milestone yang akan diadakan pada penghujung September ini.
Artikel Berkaitan: