Konvensyen himpun pengamal perubatan tradisional

Dr Baharudin (empat dari kanan) selepas mengadakan mesyuarat bagi membincangkan Konvensyen Perubatan Melayu dan Komplementari yang akan diadakan pada Disember ini.
Dr Baharudin (empat dari kanan) selepas mengadakan mesyuarat bagi membincangkan Konvensyen Perubatan Melayu dan Komplementari yang akan diadakan pada Disember ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Bakal menggabungkan pengamal perubatan tradisional bukan sahaja di negara ini malah beberapa negara Asean menjadi asas utama penganjuran Konvensyen Perubatan Melayu dan Komplementari di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 8 hingga 10 Disember ini.

Konvensyen julung kali itu diadakan melalui kerjasama Institut Alam dan Tamadun Islam serta Pertubuhan Perubatan Melayu Malaysia dengan beberapa pertubuhan lain.

Penasihat konvensyen, Datuk Seri Dr Baharudin Abu berkata, konvensyen itu akan menyediakan landasan kepada pengamal dan orang awam untuk berbincang, berinteraksi serta membina jaringan khususnya dengan peserta dari luar negara.

"Ia sekali gus bagi memartabatkan profesionalisme perubatan tradisional selaras dengan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Akta 775).

Mesyuarat bagi membincangkan Konvensyen Perubatan Melayu dan Komplementari yang akan berlangsung pada 8 hingga 10 Disember ini di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mesyuarat bagi membincangkan Konvensyen Perubatan Melayu dan Komplementari yang akan berlangsung pada 8 hingga 10 Disember ini di Universiti Kebangsaan Malaysia.

"Konvensyen ini bakal menghimpunkan pengamal perubatan tradisional dan pengamal perubatan moden dari seluruh negara dan juga penyertaan dari negara serantau," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dalam pada itu, Dr Baharudin berkata, satu cadangan untuk kesemua pertubuhan perubatan tradisional bergabung di bawah satu payung akan dibincangkan.

"Idea ini saya yang utarakan pada asalnya selepas mesyuarat pertama penasihat kepada konvensyen untuk tubuhkan dan kumpulkan semua perubatan di Malaysia bergabung di bawah satu payung.

Artikel Berkaitan:

"Dalam masa terdekat akan kita putuskan sama ada ia satu gabungan atau legasi," katanya.