Wardrobe pilihan terbaik raja sehari

REKAAN yang menjadi pertaruhan Wardrobe.
REKAAN yang menjadi pertaruhan Wardrobe.
A
A
A

KOLEKSI Wedding Bell untuk raja sehari, Wardrobe baru-baru ini mengetengahkan sembilan gaya berbeza untuk busana pengantin lelaki.

Jenama itu dilihat telah menggabungkan fabrik, reka bentuk, corak dan gaya yang menggambarkan keperibadian elegan si pemakai.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Wardrobe Malaysia, Lim Fang Heng, rakyat Malaysia terbiasa dengan senario perkahwinan pelbagai budaya.

"Setiap orang mempunyai keperluan berpakaian yang berbeza, daripada majlis tradisi minum teh sehingga ke majlis makan malam perkahwinan yang lebih rumit. Koleksi kami terhasil daripada pemerhatian konsep budaya perkahwinan yang cukup unik di negara ini.

"Kami berusaha untuk mencipta buku paparan buat pengantin lelaki supaya bersesuaian dengan pelbagai majlis dan gaya. Pada masa sama dapat mengekalkan pesona si pengantin walaupun majlis berlangsung seharian," ujarnya kepada e-Trend baru-baru ini.

25 warna

Secara keseluruhannya, terdapat 25 warna yang boleh dipilih oleh bakal pengantin lelaki.

Terdapat empat sensasi gaya yang boleh dipilih iaitu pakaian luar, harian dan tuksedo dengan perincian fabrik.

Artikel Berkaitan:

Sebagai contoh, koleksi Wardrobe dilihat cukup elegan dengan baju lengan panjang dengan fabrik berasaskan crosshatch berwarna biru (pigeon blue), dipadankan dengan jaket linen merah jambu dan seluar linen warna tanah.

Rekaan itu sesuai dipakai secara santai di pantai atau taman. Si pengantin akan cukup relaks untuk majlis tidak formal juga.

Selain itu, rekaan baju lengan panjang berasaskan fabrik jenis houndstooth yang dipadankan dengan jaket dan seluar berwarna kelabu piuter secara automatik mentransformasikan busana tersebut tampak mewah.

Cukup serasi dipakai ketika majlis keramaian seperti tradisi minum teh, berinai, sesi resepsi makan tengah hari atau pun keraian lewat petang. Bagi pengantin yang mahukan gaya stailo dan classy, koleksi lounge suit sudah tentu tidak boleh dipertikaikan dengan potongan briliant two-piece double-breasted suit dengan rona biru gelap dipadankan dengan baju lengan panjang putih klasik.

Kepada yang menggemari tuksedo, jenama itu turut menawarkannya dan mencadangkan ia dipadankan dengan baju kemeja putih.

Tuksedo dengan potongan double-breasted dotted berwarna hitam nampak menawan dikenakan dengan seluar bermotifkan braiding. Pastinya, ia sesuai untuk resepsi makan malam.