Rokok pelbagai jenama bernilai RM411,200 dirampas

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUCHING - Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak merampas pelbagai jenis jenama rokok bernilai RM411,200 dalam operasi ‘Op Libas Risik’ yang dijalankan di sebuah rumah di Jalan Kwong Lee Bank Pending Heigth, pagi tadi.

Komander Briged PGA, Datuk Khaw Kok Chin berkata bertindak atas risikan dan makluman awam, sepasukan PGA yang disertai anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat serbuan pada pukul 6.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai rokok pelbagai jenama berjumlah 40 kotak yang mengandungi 2,090 karton rokok putih dan keretek. Turut dirampas sebuah kenderaan jenis Perodua Axia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kok Chin berkata, kesemua barang rampasan itu akan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Sekyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967. - Bernama

Artikel Berkaitan: