320 pelajar terima manfaat Program Menuju Puncak SPM

Zulkifly (depan, dua dari kiri) sewaktu pelancaran Program Menuju Puncak SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Penggawa Barat, di sini semalam.
Zulkifly (depan, dua dari kiri) sewaktu pelancaran Program Menuju Puncak SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Penggawa Barat, di sini semalam.
A
A
A

PONTIAN - Yayasan Harapan Pontian memperuntukan RM20,000 bagi membiayai Program Menuju Puncak Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Pontian.

Pengerusinya, Zulkifly Tasrep berkata, program motivasi dan bimbingan itu membabitkan penglibatan seramai 320 calon SPM dari 17 buah sekolah menengah termasuk sebuah kolej vokasional bagi meningkatkan prestasi pendidikan.

Menurutnya, ia juga turut melibatkan penyertaan guru pakar, guru cemerlang dan guru muda yang akan memberi tunjuk ajar dalam lima subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Pendidikan Islam.

"Sememangnya menjadi hasrat Yayasan Harapan Pontian di bawah Majlis Daerah Pontian mahu membantu lebih ramai pelajar mendapat kecemerlangan akademik melalui program sedemikian.

"Kita harap program yang julung kali diadakan Yayasan Harapan Pontian ini dapat diteruskan dengan lebih ramai pelajar dapat mengikuti program sebegini pada tahun hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program Menuju Puncak Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Dewan Gemilang Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Penggawa Barat di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pontian, Zaidi Ahmad.

Artikel Berkaitan: