Jajaran Seksyen 9, 10 WCE dijangka dibuka bulan ini

x-default
x-default
A
A
A

BERUAS - Jajaran Seksyen 9 dan 10 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) dari Kampung Lekir, Sitiawan ke Beruas sepanjang 45 kilometer (KM) dijangka dibuka kepada orang ramai dalam masa terdekat.

Pengarah Urusan West Coast Expressway Sdn Bhd, Datuk Neoh Soon Hiong berkata, pembinaan kedua-dua jajaran berkenaan telah disiapkan Ogos lalu, namun ia belum boleh dibuka kerana menunggu kelulusan daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

x-default
x-default

"Kita sudah siapkan pembinaan dua jajaran ini Ogos tetapi ia belum dibuka kerana terdapat beberapa prosedur yang perlu dilakukan terlebih dahulu selepas ia siap dibina.

"Kita sedang menunggu semua laporan pemeriksaan yang dijalankan oleh LLM dan mereka akan maklumkan sama ada dua jajaran dari Kampung Lekir ke Beruas ini boleh dibuka atau tidak," katanya kepada pemberita ketika sesi penerangan bersama media di Ibu Pejabat WCE Perak di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir ketika majlis pembukaan Jajaran Seksyen 8, WCE sepanjang 19.1KM dari Hutan Melintang ke Teluk Intan Mei lalu memaklumkan Jajaran Seksyen 9 dan 10 dijangka dibuka Ogos.

x-default
x-default

Bagaimanapun sehingga kini kedua-dua jajaran berkenaan masih belum dibuka kepada orang ramai sehingga hari ini.

Artikel Berkaitan:

Mengulas perkara tersebut, Soon Hiong berkata, mengikut perancangan awal dua jajaran ini sepatutnya dibuka Ogos namun terdapat sedikit kekangan dan masih menunggu kelulusan daripada LLM.

"Kita berjaya siapkan dua jajaran ini mengikut tempoh iaitu Ogos namun ada prosedur yang perlu dilakukan kerana terdapat banyak prosedur seperti pemeriksaan LLM dan mewartakan jalan berkenaan.

"Kami tidak boleh membukanya sewenang-wenangnya kerana soal keselamatan pengguna WCE tidak boleh dikompromikan," katanya.

Menurut Neoh, dua jajaran yang bakal dibuka itu merupakan Jajaran Seksyen 9 melibatkan laluan sepanjang 28KM dari Kampung Lekir ke Changkat Cermin yang mempunyai empat plaza tol.

"Plaza tol berkenaan adalah, Plaza Tol Kampung Lekir, Plaza Tol Sitiawan, Plaza Tol Sitiawan Utara dan Plaza Tol Changkat Cermin dan disambung dengan Jajaran Seksyen 10 sepanjang 17KM sehingga Plaza Tol Beruas," katanya.