Pengusaha Kebun Kerang Lekir

A
A
A

Nelayan Pantai, Mohamad Mohamed Idris, 48, menyauk kerang di sekitar 'kebun' kerang miliknya di perairan Lembah Lekir ketika ditemui Bernama baru-baru ini. 



Perairan Lekir merupakan antara lokasi terbaik dan sesuai di negara ini untuk pembenihan kerang dan menghasilkan kerang premium.

Kerang yang dihasilkan di perairan ini boleh mencapai saiz sehingga 45 milimeter (mm) manakala benihnya pula boleh mencapai mutu terbaik berikutan kualiti air dan kesesuaian suhu kawasan tersebut. 



Dinamakan Kebun Kerang Lekir, projek yang memberi manfaat kepada golongan B40 nelayan pantai sekitar kawasan tersebut dan menggunakan kaedah penandaan lot yang mesra pukat hanyut ini termasuk di dalam pelan Lembah Makanan Lekir dengan melibatkan pewartaan kawasan seluas 4,538 hektar perairan Lekir.