Dijel setahun kerana pecah rumah

Tertuduh, Mursyady dijatuhi hukuman setahun penjara oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana menceroboh rumah dengan niat hendak mencuri.
Tertuduh, Mursyady dijatuhi hukuman setahun penjara oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana menceroboh rumah dengan niat hendak mencuri.
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Tindakan lelaki yang menceroboh rumah milik seorang wanita dengan niat hendak mencuri mengundang padah selepas dijatuhi hukuman setahun penjara oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Keputusan dibuat selepas tertuduh, Mursyady Mamat, 37, dari Kubang Badak, Kuala Nerus, mengaku salah bagi pertuduhan di bawah Seksyen 451 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan pencerobohan rumah milik Wan Arida Azreyanti Wan Azmi, 44, di Jalan Tok Jembal, Kuala Nerus, bagi maksud melakukan sesuatu kesalahan, kira-kira jam 6.18 petang, pada 14 Disember 2016.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan boleh dikenakan denda.

Sekiranya kesalahan yang dimaksudkan ialah kesalahan mencuri, maka tempoh penjara itu boleh dilanjutkan sehingga tujuh tahun.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Mohd Ridhuan Mohina Din di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, pada 14 Disember 2016, kira-kira jam 8 pagi, pengadu meninggalkan rumahnya dalam keadaan berkunci baik.

Namun semasa pengadu balik ke rumah pada jam 6.18 petang, dia mendapati ada kesan umpil di tingkap bahagian dapur, pintu bahagian belakang dan tingkap di bilik stor.

Artikel Berkaitan:

Pengadu kemudiannya membuat pemeriksaan di dalam rumah, namun mendapati tiada barang yang hilang sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis.

Pada 28 Ogos lalu, kira-kira jam 12.50 pagi, tertuduh berjaya ditangkap dalam satu serbuan di sebuah rumah di Gong Badak, Kuala Nerus.

Siasatan mendapati cap jari yang ditemui di rumah pengadu sebelum ini disahkan milik tertuduh dan dia mengaku ceroboh rumah pengadu dengan niat hendak mencuri.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara berkuatkuasa bermula hari ini.