Tun M maafkan Lim Kok Wing

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung Tahunan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung Tahunan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui sememangnya wujud individu yang memilih untuk ‘berkawan’ dengan orang yang memiliki kuasa sebagai jalan mudah.

Sindiran ini ditujukan kepada Pengasas dan Presiden Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing, Tan Sri Lim Kok Wing yang melalui satu ciapan di Twitternya memuji dan menyokong Dr Mahathir.

Kok Wing yang sebelum ini pernah menjadi pegawai strategik perhubungan awam, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui satu ciapan semalam berkata: "Betul kata Mahathir bahawa kita hanya perlu tetapkan di dalam minda dan hati kita untuk mencapai matlamat dan negara maju."

Ciapan itu dibidas Datin Paduka Marina Mahathir yang mempersoalkan di mana Kok Wing sebelum PRU14 lalu dan pernah mengkritik bapanya agar "tutup mulut".

"Tolong hentikannya @limkokwing! Di mana anda tahun lalu? Siapa yang menyuruh bapa saya tutup mulut untuk menjaga legasinya?

"Jika PH tidak menang (dalam PRU14), adakah anda akan datang ke rumah kami tanpa diundang pada Hari Raya untuk meminta maaf? Hentikan," tulis Marina.

Beberapa pengguna Twitter yang merespons pertukaran ciapan antara Marina dan Kok Wing itu turut menuduh Kok Wing sebagai "pembodek".

Bagaimanapun, Dr Mahathir memilih untuk memaafkan Kok Wing.

Artikel Berkaitan:

“Ya, kita tahu sesetengah orang dia cari jalan yang mudah. Bila seseorang itu ada kuasa, dia sokong orang berkuasa.

“Masa saya tiada kuasa, dia (Kok Wing) tidak sokong. Sekarang ini sudah berkuasa balik, dia sokonglah. Ramai orang macam tu.

“Saya insan yang sangat pemaaf. Awak pun saya maafkan,” balasnya ketika ditemui media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.

Mahathir berkata, rakannya itu cuba memujuknya untuk berhenti mengkritik Najib yang ketika itu Perdana Menteri.

"Dia memberi amaran jika saya terus mengkritik, saya akan hilang legasi saya, saya beritahu apa yang orang fikirkan tentang legasi saya, adalah tidak penting. Saya bimbangkan apa yang terjadi di negara ini. Reputasi baik kita telah tercemar.

"Beliau mengulangi beberapa kali bahawa saya akan hilang legasi saya. Saya sangat menghargai kebimbangannya itu. Beliau merupakan seorang rakan dan beliau prihatin tentang saya. Kita berpisah sebagai kawan," kata Mahathir ketika itu.