Taufan Dorian bakal badai Bahamas

Dorian dijangka bergerak ke pantai timur AS selepas membadai Bahamas.
Dorian dijangka bergerak ke pantai timur AS selepas membadai Bahamas.
A
A
A

NASSAU - Taufan Dorian yang diklasifikasikan ribut kategori lima yang membawa hujan lebat dan angin kencang berkelajuan hampir 280 kilometer sejam dijangka membadai Bahamas.

Pusat Hurikan Antarabangsa Amerika Syarikat (NHC) memaklumkan ribut paling berbahaya itu diramalkan tiba di rantaian pulau itu pada hari ini sebelum ia bergerak ke pantai timur AS dan melanda Florida.

Sebagai langkah berjaga-jaga, penduduk Grand Bahama turut dipindahkan.

Dorian juga dijangka mencetuskan gelombang setinggi 4.6 meter.

Presiden Donald Trump menerusi Twitter memberitahu beliau turut memantau perkembangan Dorian malah jutawan hartanah tersebut juga membatalkan lawatan ke Poland dan digantikan dengan Timbalan Presiden, Mike Pence. - Agensi

Artikel Berkaitan: