Wanita terperangkap dalam pembetung

Anggota bomba terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk membawa mangsa keluar dari pembetung tersebut.
Anggota bomba terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk membawa mangsa keluar dari pembetung tersebut.
A
A
A

KOTA BHARU – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila terperangkap lebih 30 minit dalam pembetung di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Mentuan, di sini semalam.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Zamizi Muhammad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.43 petang dan tiba di lokasi 15 minit kemudian.

“Semasa tiba di lokasi, kita dapati ada seorang wanita terperangkap di dalam saluran sepanjang 9.1 meter itu. Mangsa yang berusia 22 tahun dipercayai bertindak masuk ke dalam pembetung itu selepas dikatakan berlaku salah faham dengan keluarganya.

Mangsa dibawa ke HUSM untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Mangsa dibawa ke HUSM untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Dua anggota diarahkan untuk menggunakan alat bantuan pernafasan sebelum masuk ke dalam saluran tersebut dan berjaya menarik keluar mangsa tepat jam 7.19 malam.

“Selepas itu mangsa diserahkan kepada pihak Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan lanjut. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.30 malam,” katanya.

Artikel Berkaitan: