Tentera Israel ceroboh rumah, culik penduduk Palestin

Seorang budak lelaki Palestin ditahan tentera Israel dalam ketegangan di Tebing Barat.
Seorang budak lelaki Palestin ditahan tentera Israel dalam ketegangan di Tebing Barat.
A
A
A

RAMALLAH - Tentera Israel menyerbu sebuah rumah penduduk Palestin di pekan Kobar di Tebing Barat dan menculik salah seorang penghuninya.

Kejadian berlaku ketika penghuni rumah berkenaan sedang bersiap untuk menunaikan solat subuh semalam.

Sumber tempatan berkata, rumah berkenaan adalah milik Khaldoun al-Barghouthi yang ditahan di penjara Israel.

Mangsa yang diculik dikenali sebagai Obeida iaitu anak lelaki kepada tahanan terbabit.

Seorang pemuda, Nasrallah Sarhan di pekan sama turut diculik selepas tentera Zionis menceroboh rumahnya.

Penduduk Kobar turut bertempur dengan tentera Israel sepanjang operasi dijalankan. - Agensi

Artikel Berkaitan: