Pengantin sanding tema merdeka

Nurul Umaimah (kiri) dan pasangan bersama kakaknya, Nurul Fithriyyah (kiri) dan pasangannya serta ibu bapa dan ahli keluarga masing-masing.
Nurul Umaimah (kiri) dan pasangan bersama kakaknya, Nurul Fithriyyah (kiri) dan pasangannya serta ibu bapa dan ahli keluarga masing-masing.
A
A
A

TUMPAT - Tarikh 31 Ogos menjadi detik indah bagi Nurul Umaimah Mohd Naim dan pasangannya, Muhammad Hanif Mohd Adanan yang memilih Hari Kebangsaan ke-62 sebagai tarikh persandingan.

Lebih manis perarakan pasangan pengantin sebaya umur yang juga guru itu diarak dengan kibaran Jalur Gemilang di Kampung Kedemit di sini.

Meriahnya apabila rombongan pengantin lelaki disambut paluan kompang dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tumpat yang berbusana merdeka.

Bapa pengantin perempuan yang juga Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tumpat, Mohd Naim Ismail berkata, dia memilih tema merdeka memandangkan tarikh perkahwinan anaknya sama tarikh dengan kemerdekaan negara.

Pasukan kompang SMK Tumpat berbusana tema merdeka menyambut ketibaan rombongan lelaki keluarga ADUN Kelaboran.
Pasukan kompang SMK Tumpat berbusana tema merdeka menyambut ketibaan rombongan lelaki keluarga ADUN Kelaboran.

"Halaman rumah dihiasi Jalur Gemilang dan ketika rombongan pengantin lelaki tiba, pihak perempuan agihkan Jalur Gemilang.

"Kami meraikan kemerdekaan negara bersama dengan detik indah perkahwinan anak saya. Hari ini dua anak perempuan saya bersanding serentak," katanya.

Pasangan Nurul Umamah juga merupakan anak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, Mohd Adanan Hassan.

Artikel Berkaitan:

Selain meraikan perkahwinan Nurul Umaimah, seorang lagi anak Mohd Naim, Nurul Fithriyyah dan pasangannya, Mohd Zur Aliff Rozmee bersanding serentak.