Najib dakwa kerajaan PH punca ketegangan kaum

Hantaran Najib di Facebook hari ini.
Hantaran Najib di Facebook hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjadi punca masalah perkauman di negara ini semakin meruncing.

Menurut beliau, peningkatan sentimen perkauman dan ketidaktentuan politik antara risiko besar yang dihadapi negara hari ini.

Menurutnya, pemimpin PH dilihat saling bercanggah pendapat antara satu sama lain seperti isu pengenalan tulisan khat di sekolah.

“Yang perkenalkan pengajaran khat, kerajaan PH, yang bantah khat DAP dan PKR. Yang gelar Dong Zong rasis dan mahu diharamkan, PM ke-7 (Dr Mahathir Mohamad). Yang pertahankan Dong Zong DAP dan PKR.

“Yang bantah Zakir Naik, Syed Saddiq. Yang sokong Zakir Naik, Syed Saddiq,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, skandal melibatkan pemimpin PH dan perbalahan dalaman pakatan politik itu turut menyumbang ketidakstabilan politik di negara ini.

“Kerajaan PH nak salahkan UMNO dan BN timbulkan isu sedangkan mereka sendiri yang sering menimbulkan kontroversi.

“Seperti semangat 1Malaysia, semangat perpaduan antara bangsa dan agama tak wujud lagi,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ujar Najib lagi, risiko sekatan ekonomi atau tarif tambahan keatas ekonomi Malaysia oleh Amerika Syarikat, harga minyak mentah jatuh di bawah AS$30 satu tong, pertambahan hutang negara dan naratif salah mengenai ekonomi antara empat risiko lain yang dihadapi negara.