Op Ambang Merdeka: 638 kenderaan diperiksa

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PASIR MAS - Sebanyak 638 kenderaan diperiksa dalam Op Ambang Merdeka yang dijalankan di seluruh Kelantan semalam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, selain itu pihaknya turut memeriksa 785 individu di empat sekatan jalan raya pada operasi berkenaan.

"Operasi ini kita lakukan di Kota Bharu, Jeli dan dua lokasi di Tanah Merah. Sepanjang operasi ini, sebanyak 40 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik membabitkan pelbagai kesalahan," katanya.

Abdullah berkata, polis turut melakukan sembilan serbuan berkait jenayah di sekitar Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Machang dan Jeli membabitkan 18 pegawai serta 134 anggota.

"Dalam serbuan itu kita berjaya membuat lima tangkapan berkaitan narkotik," katanya.

Menurutnya, operasi tersebut memperlihatkan komitmen polis bagi memastikan indeks jenayah Kelantan dapat diturunkan.

Artikel Berkaitan: