Remaja lelaki lemas di kolam

Lokasi mangsa lemas.
A
A

BATU PAHAT - Seorang remaja lelaki yang baru menyambut hari lahir bulan lalu ditemukan lemas di dalam sebuah kolam berhampiran sebuah kilang batu-bata di Kampung Kangkar Senangar di sini pagi tadi.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan II Ibnul Kasim Ahmad Abdul Hamid berkata, mangsa, Muhammad Naim Azman, 17, dipercayai lemas sewaktu sedang bermandi-manda di kolam berkenaan bersama lapan lagi rakannya.

"Kami menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 11.23 pagi sebelum empat anggota dan satu jentera dikejarkan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Mayat mangsa ditemui pada jam 12.15 tengah hari.
Mayat mangsa ditemui pada jam 12.15 tengah hari.

"Operasi pencarian menggunakan kaedah 'grappling iron'. Mayat mangsa ditemukan pada jam 12.15 tengah hari sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, susulan penemuan itu, operasi SAR telah ditamatkan pada jam 1.01 petang tadi.

Tambahnya, mangsa yang tinggal di Kampung Parit Abdul Hadi, Mukim Empat di sini baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-17 pada 14 Julai lalu.