X

Kindly register in order to view this article
!

Hantar pulang keluarga Turki tak sama dengan kes Zakir

A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan menghantar pulang keluarga Turki ke negara asal tidak boleh dipertikai dan dibandingkan dengan isu pendakwah Dr Zakir Naik.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sudah tentu polis membuat keputusan berdasarkan asas dan bukti yang sepatutnya.

"Tindakan itu dibuat oleh polis. Mereka bertindak demikian berdasarkan bukti menyebabkan mereka berpendapat mereka ini tidak harus ada dalam negara.

"Tengok, nak bandingkan dengan Dr Zakir Naik supaya ada kontroversi. Kita layan kes mengikut asasnya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan al-Bukhary hari ini.

Sama ada enam sekeluarga itu akan diseksa di Turki atau tidak, Dr Mahathir berkata, beliau tidak boleh menjawabnya kerana tidak memiliki maklumat mengenainya.

"Saya hanya tahu baru sebentar tadi perkara ini yang lelaki ini dihantar semula. Saya tidak tahu sama mereka akan diseksa di Turki atau tidak. Kita tidak boleh kata begitu," katanya.

Enam rakyat Turki termasuk empat kanak-kanak dihantar pulang ke negara asal mereka apabila didakwa terlibat dengan pengganas yang digerakkan menerusi sekolah yang diajar oleh lelaki yang juga ketua keluarga itu.

Sementara itu, Perdana Menteri berseloroh bertanya kepada media untuk memberi pandangan mahu menghantar Dr Zakir ke mana seperti yang dikehendaki sesetengah pihak sebelum ini.

"Berkenaan Zakir Naik ni, nak hantar mana? Kalau anda boleh cari tempat untuk dia dihantar tolong beritahu saya," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!