Akhirnya Izzah jawab ‘Warkah dari Cordova’

Paparan Twitter Nurul Izzah
Paparan Twitter Nurul Izzah
A
A
A

SHAH ALAM - Selepas empat hari kiriman ‘Warkah dari Cordoba untuk Nurul Izzah’ yang ditulis Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof, ahhirnya Nurul Izzah Anwar bersuara mengenainya.

Dalam ciapan di Twitternya hari ini, Nurul Izzah menggelar warkah itu sebagai ‘tidak manis’ (inappropriate) dan ‘merendah-rendahkan darjatnya’ (condescending).

“Berniat baik walaupun saya telah memaklumkan kepada Datuk (Mujahid) bahawa surat itu tidak manis dan merendahkan darjatnya. Lebih baik fokus kepada masalah utama,” katanya, hari ini.

Selasa lalu, Mujahid memuat naik Warkah dari Cordova yang ditujukan kepada Nurul Izzah yang isi kandungannya berkaitan keputusan bekas Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang itu mengundur diri daripada jawatan tersebut.

Dalam warkah itu beliau menggunakan gelaran ‘kekanda’ untuk merujuk kepada dirinya dan ‘adinda’ untuk merujuk kepada Nurul Izzah.

Warkah itu mendapat pelbagai reaksi dan mengundang komen-komen sinis netizen dan bekas pemimpin kerajaan susulan gaya bahasa yang digunakan menteri agama itu.

Bagaimanapun Mujahid melalui status Facebooknya berkata, beliau sengaja memilih lenggok bahasa demikian untuk menyampaikan mesejnya.

Mujahid turut mengucapkan penghargaan atas teguran yang diberikan kepadanya sambil mengharapkan isi kandungan warkah itu dihayati kerana mungkin berguna untuk generasi muda.

Artikel Berkaitan: