Tindakan disiplin ahli rosakkan imej parti: Tun M

Tun Dr Mahathir ketika bercakap pada sidang media di sini hari ini.
Tun Dr Mahathir ketika bercakap pada sidang media di sini hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Bersatu akan mengambil tindakan disiplin terhadap ahli partinya yang didakwa membuat pengumuman yang merosakkan imej parti, tegas pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, Bersatu akan membuat penyelidikan terhadap kenyataan ahli parti untuk dirujuk kepada majlis disiplin sebelum dilaporkan kepada Majlis Tertinggi Bersatu.

“Kita bincang panjang lebar beberapa perkara, antaranya perlu ada disiplin khususnya dalam ahli Majlis Presiden dan Majlis Tertinggi, terutamanya mereka yang ada pegang jawatan, perlu berhati-hati buat pengumuman.

“Kalau mereka buat pengumuman yang merosakkan imej parti, maka tindakan akan diamabil terhadap mereka,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.

Ditanya sama ada perbincangan ini tentang Ketua Dasar dan Strategi Bersatu, Datuk Dr Rais Hussin, Dr Mahathir hanya berkata mungkin.

Tun Dr Mahathir ketika bercakap pada sidang media di sini hari ini.
Tun Dr Mahathir ketika bercakap pada sidang media di sini hari ini.

Semalam Rais, dalam satu forum berkata, sudah tiba masanya untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) memenuhi keperluan rakyat sekiranya tidak mahu menjadi kerajaan sepenggal.

Beliau turut menasihatkan kerajaan supaya tidak memperjuangkan pembaharuan yang tidak diinginkan rakyat seperti projek kereta terbang, kereta nasional dan Gojek.

Artikel Berkaitan:

Perdana Menteri berkata, kenyataan yang dibuat kononnya PH akan kalah adalah sesuatu yang serius dan perlu dikaji kerana ia membabitkan imej parti.

“Kita (Bersatu) juga tidak ada pakar strategik, itu bukan lantikan rasmi Bersatu. Ia gelaran yang diberikannya kepada diri sendiri. Saya tidak tahu siapa lantik siapa.

“Orang itu mengakui sebagai Ketua Strategik, Bersatu tidak ada lantikan untuk jawatan tersebut,” ujarnya.