Kes sogok polis, Abdul Yunus tidak tergugat

ABDUL YUNUS JAMHARI
ABDUL YUNUS JAMHARI
A
A
A

PARIT BUNTAR - Exco Kerajaan Negeri Perak dari PKR, Abdul Yunus Jamhari menegaskan tumpuannya dalam melaksanakan amanah rakyat tidak tergugat walaupun menghadapi pelbagai pertuduhan dan tekanan daripada pihak dalaman parti.

Abdul Yunus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau berkata, beliau tidak terjejas dengan dakwaan terbaru berkaitan satu rakaman audio suara pegawai khasnya dikatakan cuba menyogok anggota polis yang menyiasat kes suapan dikaitkan dengannya.

"Saya langsung tidak bimbang dengan kedudukan saya, lebih-lebih lagi Menteri Besar Perak (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) sudah mengeluarkan kenyataan tiada rombakan Exco kecuali Exco Perak daripada DAP, Yong Choo Kiong yang kini bercuti daripada menjalankan tugasan," katanya.

Abdul Yunus berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kes penularan rakaman audio itu kepada polis untuk siasatan.

Selasa lalu, pegawai khasnya, Ahmad Adenan Said telah membuat laporan di Balai Polis Bagan Parit Buntar berhubung isu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman audio 'kawtim': Pegawai khas Abdul Yunus bakal lapor polis

Artikel Berkaitan: