Tun Siti Hasmah dibenarkan keluar hospital

Dr Siti Hasmah kelihatan ceria sewaktu keluar dari hospital selepas empat hari dirawat pada jam 2 petang tadi.
Dr Siti Hasmah kelihatan ceria sewaktu keluar dari hospital selepas empat hari dirawat pada jam 2 petang tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali,93, yang dirawat di hospital akibat keracunan makanan yang ringan dibenarkan keluar dari hospital hari ini.

Beliau kelihatan tersenyum dan ceria ketika meninggalkan Prince Court Medical Centre, setelah empat hari dirawat di hospital berkenaan.

Berita gembira itu disampaikan jurucakap Pejabat Perdana Menteri yang memberitahu Tun Siti Hasmah Mohamad Ali sudah 'discaj' dari Prince Court Medical Centre hari ini jam 2 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun Siti Hasmah alami keracunan makanan

Pada 26 Ogos lalu, Dr Siti Hasmah dimasukkan ke hospital kerana mengalami keracunan makanan yang ringan dan sekali gus membatalkan hasrat menemani suaminya dalam lawatan rasmi ke Hanoi, Vietnam.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun Siti Hasmah sudah pulih, tapi masih di hospital

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika di Vietnam mengakui rindu terhadap isterinya.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, sebaik tiba di tanah air semalam, beliau akan terus ke hospital untuk menziarahi isterinya.

Artikel Berkaitan:

"Sudah rindu...ya la dah 60 tahun. Orang lain kahwin berapa tahun, buat belanja kenduri besar-besar, panggil ramai-ramai orang, dua tahun bercerai," katanya.