MPK roboh struktur haram

Pemilik kedai makan yang tidak berpuas hati dengan penguatkuasaan MPK, cuba menyelamatkan kedainya dari dirobohkan.-FOTO: FB Saluran Komunikasi MPKlang.
Pemilik kedai makan yang tidak berpuas hati dengan penguatkuasaan MPK, cuba menyelamatkan kedainya dari dirobohkan.-FOTO: FB Saluran Komunikasi MPKlang.
A
A
A

KLANG - Sebuah kedai makan yang dibina secara haram di Lot 8764 Jalan Pekan Baru di sini, dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) Selasa lalu untuk dijadikan tempat parkir kenderaan awam.

Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, isu itu telah dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan dan Binaan Tanpa Izin berikutan struktur premis tersebut jelas melanggar peraturan ditetapkan MPK.

Menurutnya, sebanyak tiga notis dan peringatan telah dikeluarkan MPK termasuk notis pertama pada 24 Jun lalu di bawah Akta 133 dengan memberikan tempoh selama 14 hari untuk mengosongkan kawasan.

Pemotongan bekalan elektrik sebelum operasi perobohan dilakukan. -FOTO: FB Saluran Komunikasi MPKlang.
Pemotongan bekalan elektrik sebelum operasi perobohan dilakukan. -FOTO: FB Saluran Komunikasi MPKlang.

“Selepas notis pertama gagal dipatuhi, MPK mengeluarkan surat peringatan pada 11 Julai iaitu lanjutan selama tujuh hari sebelum isu tersebut dibawa ke Mesyuarat Logistik.

"Pada 15 Ogos, notis itu sekali lagi dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan dan Binaan Tanpa Izin dan perobohan perlu dibuat setelah notis tamat tempoh 30 hari," katanya dalam satu kenyataan.

Mohamad Yasid berkata, MPK mengikut prosedur ditetapkan seterusnya menolok dakwaan penguatkuasaan bertindak agresif dalam menangani hal tersebut.

"Secara jelas pemilik struktur itu melanggar peraturan dengan mendirikan binaan di atas rizab kerajaan.

Artikel Berkaitan:

“Pihak yang memanipulasi gerak kerja MPK adalah mereka yang tidak memahami undang-undang berkaitan pembinaan struktur, tanah rizab kerajaan dan prosedur memulakan sesuatu perniagaan di dalam pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT), " katanya.

Kedai makan terletak atas tanah Lot 8764 dirobohkan MPK. -FOTO: FB Saluran Komunikasi MPKlang.
Kedai makan terletak atas tanah Lot 8764 dirobohkan MPK. -FOTO: FB Saluran Komunikasi MPKlang.