X

Kindly register in order to view this article
!

Lima aplikasi paling trending

APLIKASI paling trending dalam Google Play.
A
A

PADA edisi sulung kolum Hello App!, e-Trend dengan sukacitanya akan berkongsi dengan para pembaca aplikasi-aplikasi atau app yang paling trending dalam Play Stores.App yang dinyatakan ada yang boleh diakses secara percuma.

Ada yang perlu dibeli. Namun, berita baiknya, pengguna boleh menggunakan tanpa henti selama 24 jam untuk tempoh seminggu.

Pada hemat peribadi penulis, semestinya app Blinkist yang paling menarik perhatian.

Masakan tidak, kita boleh membaca segala jenis genre buku tanpa batasan.

Lain-lain app juga tidak kurang hebatnya.

Apa kata, pembaca meneliti lima app yang menjadi pilihan ramai pengguna seluruh dunia.

Barangkali, ia boleh memberi idea kepada anda menggunakan aplikasi itu sebaik mungkin.

VIU
VIU

VIU

Pastinya aplikasi VIU cukup terkenal dalam kalangan peminat drama dan filem Korea Selatan.

Bukan sahaja Malaysia, negara luar seperti Indonesia, India, Myanmar dan Timur Tengah juga boleh memuat turun dan streaming secara terus pelbagai genre termasuk rancangan realiti The Running Man atau drama Goblin.

Hanya menawarkan drama dan filem terbaik dengan sari kata bahasa Melayu, Inggeris, Indonesia, Burma, Mandarin dan Arab.

Bagi peminat Song Joong-Ki, Lee Min Ho, Kim Soo Hyun dan Park Shin Ye, bolehlah mendapatkan aplikasi tersebut dengan memuat turun menerusi telefon pintar masing-masing.

BLINKIST
BLINKIST

BLINKIST

Bagi si ulat buku, pastinya aplikasi unik itu boleh dimuat turun dalam telefon pintar anda sekarang.

Aplikasi bestselling tersebut bagaikan syurga buku buat mereka apabila lebih 3,000 jenis buku merangkumi 28 kategori termasuk sejarah, psikologi, kepimpinan dan bermacam-macam lagi tersedia.

Jadi, tiada alasan lagi untuk tidak membaca kerana semuanya hanya terletak di hujung jari.

Namun, anda diberi peluang selama tujuh untuk membaca buku cerita pilihan secara percuma.

Terdapat harga langganan yang ditetapkan mengikut durasi masa.

DOUPAI

Nampak mudah untuk dikendalikan, namun percayalah video yang dihasilkan mampu tular menerusi media sosial menggunakan app Doupai.

Aplikasi interaktif itu membolehkan pengguna mempelajari cara mudah untuk mengedit video pendek hanya dalam tempoh 10 saat.

Percaya atau tidak? Aplikasi berbayar itu menjadi pilihan khususnya golongan muda untuk memuat naik video pendek mereka di akaun Facebook atau Instagram mereka.

SNORELAB
SNORELAB

SNORELAB

Aplikasi Snorelab memang menarik. Ia berfungsi untuk merekod dan pengesan pelbagai jenis dengkuran.

Ya betul! Aplikasi nombor 1 dengkuran itu telah menjadi pilihan popular dan sangat inovatif kerana membantu pengguna untuk mencari jalan terbaik mengurangkan masalah dengkur dengan konsultan doktor pakar.

Data yang direkodkan boleh dijadikan rujukan doktor untuk bantuan kesihatan untuk jangka masa panjang. Ada masalah dengkuran? Boleh cuba aplikasi tersebut.

GOOGLEONE
GOOGLEONE

GOOGLE ONE

Aplikasi Google One merupakan paling trending dalam Play Store kerana memberi pilihan kepada pengguna untuk menambah ruang storage dalam satu pelan perkongsian mudah.

Hanya menggunakan aplikasi berkenaan, orang ramai boleh menguruskan storage meliputi Google Drive, Gmail atau gambar dalam Google Photos.

Dengan pelbagai pilihan yang diberikan, pengguna boleh menikmati pelbagai manfaat dengan melanggan produk Google.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!