DIBW 2019 himpun peminat motosikal berkuasa tinggi

Pasukan promosi DIBW 2019 bergambar bersama dalam majlis makan malam yang diadakan di Paksy sempena jelajah promosi di Pulau Pinang baru-baru ini.
Pasukan promosi DIBW 2019 bergambar bersama dalam majlis makan malam yang diadakan di Paksy sempena jelajah promosi di Pulau Pinang baru-baru ini.
A
A
A

KEPALA BATAS - Lebih 10,000 pemilik motosikal berkuasa tinggi akan berhimpun sempena penganjuran 1st Desaru International Bike Week (DIBW) 2019 pada 13 hingga 16 September depan.

Pengerusi Jawatankuasa Promosi DIBW 2019, Datin Sri Elly Zalilah Md Yusof berkata, program itu turut menarik penyertaan dari 20 negara luar termasuk Amerika Syarikat, New Zealand, Itali, Kuwait, Dubai, Brunei, Singapura dan Thailand.

Menurutnya, program yang diilhamkan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu bertemakan The Real Brotherhood yang dijangka menarik lebih 50,000 pengunjung dan peminat motosikal tempatan dan antarabangsa.

Elly Zalilah (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada pemegang amanah Paksy, Ustaz Abdullah Khairi.
Elly Zalilah (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada pemegang amanah Paksy, Ustaz Abdullah Khairi.

Artikel Berkaitan: