80 peserta tanam 4,000 anak bakau

Antara peserta yang menjayakan projek penanaman semula bakau di Kampung Sungai Batu Besi Merbok semalam.
Antara peserta yang menjayakan projek penanaman semula bakau di Kampung Sungai Batu Besi Merbok semalam.
A
A
A

MERBOK - Seramai 80 peserta menjayakan projek penanaman semula bakau dengan matlamat mampu menambah 4,000 anak pokok baharu di Kampung Sungai Batu Besi Merbok semalam.

Penyelaras Pusat Kepakaran Serantau Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Munirah Ghazali berkata, Japan-Malaysia Association telah bekerjasama dengan pihaknya sejak 2014 melibatkan pelbagai aktiviti kelestarian alam sekitar.

Menurutnya, projek kali ini melibatkan institusi pendidikan dan komuniti dengan hasrat mewujudkan sebuah 'living lab' dan lokasi pembelajaran di kawasan berkenaan.

Penanaman semula membolehkan sasaran menghasilkan 4,000 anak bakau baharu ditanam dapat tempoh ditetapkan mampu dicapai.
Penanaman semula membolehkan sasaran menghasilkan 4,000 anak bakau baharu ditanam dapat tempoh ditetapkan mampu dicapai.

"Matlamat penanaman semula bertujuan menghasilkan 4,000 anak pokok bakau dalam tempoh ditetapkan selain membantu membentuk komuniti setempat serta institusi pendidikan di utara dalam usaha memahami dan menghargai alam sekitar.

"Ia selaras dengan matlamat 'Sustainable Development Goals' Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pendidikan Ke Arah Kelestarian," katanya.

Hadir sama, Ahli Parlimen Merbok, Nor Azrina Surip dan Konsul Jeneral Jepun di Pulau Pinang, Shinichiro Kanoya.

Artikel Berkaitan: