Kreatifnya orang kampung bina replika Jalur Gemilang

Zam Zam (kiri) dan Boon Chuan (kanan) berdiri di sebelah Jalur Gemilang yang dihasilkan dari karung guni bawang, gula, jaring pukat dan kain perca.
Zam Zam (kiri) dan Boon Chuan (kanan) berdiri di sebelah Jalur Gemilang yang dihasilkan dari karung guni bawang, gula, jaring pukat dan kain perca.
A
A
A

PONTIAN - Sebanyak kira-kira 400 karung guni gula dan bawang, jaring pukat serta kain perca digunakan untuk membina replika Jalur Gemilang di Kampung Duku Kelapa di sini.

Replika itu diletakkan di dalam sebuah balai kecil dibina penduduk dengan menggunakan buluh selain sebanyak 250 bendera antaranya Jalur Gemilang, bendera negeri Johor dan negeri-negeri lain menghiasi sepanjang jalan Pontian-Pekan Nanas dekat Batu 35 yang pasti mencuri tumpuan sesiapa sahaja yang melalui jalan tersebut.

Ketua kampung, Zam Zam Hashim berkata, bahan terpakai yang digunakan untuk menghasilkan replika itu merupakan idea seorang penduduk, Tan Boon Chuan, 52.

"Boon Chuan siapkan sendiri replika itu dalam tempoh lima hari.

"Selain Boon Chuan, penduduk-penduduk di sini juga bergotong-royong memasang bendera-bendera dan buat hiasan sempena Hari Kemerdekaan di sebuah kawasan lapang di sini di bahu jalan sejak dua minggu lalu.

"Selain itu ada juga diletakkan gambar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dan pameran tentang aktiviti yang dilakukan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ( MPKK) di sini," katanya kepada Sinar Harian.

Arca hiasan memaparkan meriam turut dihasilkan penduduk Kampung Duku Kelapa sempena Hari Kemerdekaan. Gambar kecil: Karung guni bawang antara bahan terpakai yang digunakan untuk menghasilkan Jalur Gemilang.

Sementara itu, Boon Chuan berkata, dia gembira dapat menghasilkan replika Jalur Gemilang berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Saya ambil masa lima hari untuk saya siapkan, rehat sekejap sahaja itu pun untuk makan. Karung guni saya dapatkan daripada peniaga dan pembekal di sekitar bandar Pontian.

"Puas tengok hasil kerja sendiri. Ramai yang tertarik tengok Jalur Gemilang yang saya buat," katanya.