Gali kubur sendiri dekat pusara ibu

Manzoor sanggup mengeluarkan RM1,468 untuk ruang kubur yang digali di bawah pemantauannya.
Manzoor sanggup mengeluarkan RM1,468 untuk ruang kubur yang digali di bawah pemantauannya.
A
A
A

PATNA - Seorang penduduk kampung di India tidak sabar menunggu kematiannya apabila dia menggali kuburnya sendiri.

Manzoor Hassan dari daerah Gopalganj di Bihar sanggup mengeluarkan 25,000 Rupee (RM1,468) untuk ruang kubur itu yang digali di bawah pemantauannya.

Menurutnya, dia membuat persediaan menggali kubur konkrit itu ketika masih hidup kerana bimbang ahli keluarganya tidak akan mengebumikannya berhampiran pusara ibunya.

“Tugas saya sudah selesai. Kini, saya hanya menunggu untuk kembali kepada ALLAH,” kata lelaki berusia 70 tahun itu.

Jelasnya, dia berbuat demikian kerana terlalu sayangkan ibunya dan hasrat saya adalah untuk ‘berada dekat’ dengannya apabila sudah meninggal dunia.

Sementara itu, persediaan menunggu mati yang dibuat Hassan itu turut mendapat pelbagai reaksi penduduk setempat.

“Ini sememangnya pelik. Kebanyakan orang akan menghabiskan waktu mereka melakukan perkara yang tidak pernah dibuat atau mendapatkan rawatan lebih baik untuk memastikan tubuh terus sihat. Tetapi, menggali kubur sendiri jelas menyampaikan mesej penting,” kata guru, HR Ahmad.

Hassan yang merupakan seorang petani dikenali penduduk setempat atas kerja kebajikan yang telah dilakukannya termasuk membina madrasa (sekolah pondok), masjid dan sekolah.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kanak-kanak miskin terbabit tidak hanya mendapat pendidikan malah makan percuma. - Agensi