'Parti tersingkir cuba lemahkan yang menang...itu biasa’

Abdul Hamid Bador
Abdul Hamid Bador
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata adalah perkara biasa bagi parti yang tersingkir untuk cuba untuk melemahkan parti yang menang.

"Saya kata bahawa kebiasaannya berlaku seperti itu ketika ada pertukaran kerajaan. Saya tidak menuduh sesiapa tetapi saya kata perkara seperti itu biasa berlaku.

"Parti yang tersingkir akan cuba melemahkan parti yang menang, semudah itu," katanya ketika minta mengulas kenyataannya dalam satu sessi wawancara.

Menurut laporan, Abdul Hamid dipetik dalam satu wawancara dengan The South China Morning Post sebagai berkata bahawa parti pembangkang sedang cuba menjejaskan kestabilan kerajaan Pakatan Harapan di tegah-tengah isu ketegangan kaum dan agama.

Abdul Hamid ditemui media selepas menghadiri Sambutan Bulan Kebangsaan ke-62 di Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.- Bernama

Artikel Berkaitan: