Banjir di Sudan ragut 62 nyawa

Sebuah bas melepasi sebatang jalan yang digenangi air di Khartoum.
Sebuah bas melepasi sebatang jalan yang digenangi air di Khartoum.
A
A
A

KHARTOUM - Banjir besar disebabkan hujan lebat di seluruh Sudan sejak dua bulan lalu telah meragut 62 nyawa.

Agensi berita SUNA melaporkan, sebanyak 35,750 buah rumah di kawasan terjejas turut musnah.

Perkampungan Wad Ramli yang terletak di utara Khartoum antara kawasan yang terjejas teruk.

Setakat ini, kira-kira 100 orang dilaporkan cedera. - Agensi

Artikel Berkaitan: