Celcom Axiata kenang 1957 menerusi Getaran Pertama

Celcom Axiata
Celcom Axiata
A
A
A

SEMPENA sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-62, Kumpulan Axiata Berhad dan Celcom Axiata Berhad menerbitkan filem pendek bertajuk Getaran Pertama bagi menyemarakkan kembali semangat perpaduan.

Getaran Pertama mengisahkan perjalanan dalam pencarian pasukan koir pertama untuk menyanyikan lagu Negaraku, iaitu lagu kebangsaan bagi Malaya yang bakal merdeka pada 31 Ogos 1957.

Filem ini digarap dengan penerapan rasa bangga meraikan kepelbagaian kaum dan keupayaan sebagai rakyat Malaysia yang menjadi sandaran bagi membolehkan negara baharu ini meletakkan dirinya di pentas dunia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata Berhad, Tan Sri Jamaluddin Ibrahim berkata, Malaysia telah melalui perjalanan yang panjang untuk meletakkan dirinya di rantau ini sebagai sebuah negara yang kaya dengan bakat, kapasiti, kreativiti dan industri serta berdiri setanding dengan negara produktif, berwawasan dan stabil lain.

"Filem pendek, Getaran Pertama inspirasi daripada kisah benar pada tahun 1957, memaparkan kembara Penyelia Radio Malaya, Tan Sri Ahmad Merican; seorang guru muzik dan konduktor, Tony Fonseka apabila mereka menyahut cabaran untuk memenuhi hasrat besar dan bersejarah Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman untuk melihat rakyat Malaya tanpa mengira bangsa, jantina dan latar belakang membuat persembahan

dalam koir kebangsaan untuk menjadi simbol perpaduan sempena pengisytiharan kemerdekaan negara ini.

"Filem ciptaan Axiata dan Celcom mengenai Koir Merdeka 1957 telah melakar sejarah penting negara meskipun kurang dikenali ramai, kami berbangga untuk berkongsi kisah ini dengan rakyat Malaysia.

"Majlis pelancaran kempen merdeka Getaran Pertama dibikin menggunakan teknologi hologram kreatif, bagi membawa semula Tony Fonseka yang mengarah koir generasi baharu untuk mempersembahkan semula Negaraku sama seperti Koir Merdeka 1957," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Pegawai Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi memberitahu, filem ini hadiah untuk rakyat Malaysia dan tanda ingatan kepada semua bahawa bahawa perpaduan dalam kepelbagaian adalah asas penting bagi negara dan ia telah dibina sejak sebelum merdeka lagi sekali gus menyuntik sentimen yang hampir sama dengan Celcom yang telah bersama membina negara ini lebih 31 tahun sejak penubuhannya.

"Getaran Pertama akan dipertontonkan kepada rakyat Malaysia mulai jam 12 malam, 28 Ogos 2019 melalui www.celcom.com.my.

"Pavilion Kuala Lumpur akan menjadi lokasi pertama tayangan, iaitu pada 30 Ogos ini mulai jam 6 hingga 7 petang. Getaran Pertama dan persembahan koir akan ditayangkan di luar bangunan melalui layar terbesar di Malaysia," katanya.