Gelandangan dijel 5 tahun kerana miliki pisau

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas seorang gelandangan selepas mengaku bersalah memiliki pisau sepanjang 35 cm tanpa kebenaran yang sah, minggu lalu.

Hukuman itu diputuskan Hakim, Emelia Kaswati Mohamad Khalid terhadap Mohd Jamal Idris, 39, mengaku memiliki senjata itu kira-kira jam 10 pagi, 20 Ogos lalu di sebuah rumah di Jalan Cheras di sini

Mohd Jamal diperintahkan jalani hukuman itu dari tarikh ditangkap pada 20 Ogos lalu didakwa

mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan tidak lebih 20 tahun.

Menurut fakta kes, tertuduh ditahan polis selepas didapati berkelakuan mencurigakan yang kemudian membawa kepada penemuan pisau sepanjang 35 cm diselit pada bahagian pinggang sebelah kiri.

Terdahulu, Mohd Jamal sambil menangis merayu supaya dikenakan hukuman penjara minimum kerana dia baru sahaja dibebaskan dari penjara pada 20 April lalu.

"Saya memohon maaf, saya tidak ada niat. Saya hanya tinggal bawah jambatan," katanya sambil menangis.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd Ashif kemudian meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal sebagai pengajaran. - Bernama

Artikel Berkaitan: