Suri rumah cemas kereta dilontar batu oleh tiga individu

Cermin depan kereta terbabit retak dipercayai dilontar batu oleh individu tidak dikenali di Jalan Klang-Teluk Intan berhampiran Sungai Sembilang, di sini malam kelmarin.
Cermin depan kereta terbabit retak dipercayai dilontar batu oleh individu tidak dikenali di Jalan Klang-Teluk Intan berhampiran Sungai Sembilang, di sini malam kelmarin.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang suri rumah menempuh detik cemas apabila kenderaan dinaiki dibaling batu oleh individu tidak bertanggungjawab di Jalan Klang-Teluk Intan berhampiran Sungai Sembilang, di sini malam kelmarin.

Kejadian berlaku ketika mangsa, Normazila Masdar, 28, memandu bersendirian kereta jenis Nissan Almera dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kapar, kira-kira jam 10 malam.

Normazila berkata, ketika kejadian, dia ternampak tiga lelaki tidak dikenali memegang lampu suluh sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan kuat.

"Saya nampak seperti tong air mengandungi batu dilontarkan ke arah cermin depan dan ketika itu saya hanya mampu menjerit ketakutan," katanya.

Menurutnya, tanpa berlengah dia terus menghubungi suaminya, Ikhmar Nasir, 30, yang berada di rumah mereka bagi memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

"Suami menasihatkan saya meneruskan pemanduan dan jangan berhenti bagi mengelakkan berlaku sebarang kejadian tak diingini," katanya.

Tambahnya, sejurus sampai di rumah, dia mendapati terdapat kesan retakan pada cermin hadapan kenderaan itu.

“Mujur saya selamat dalam kejadian ini dan masih terkejut kerana tidak tahu apa motif sebenar perbuatan seumpama itu. Saya harap pihak berkuasa dapat ambil tindakan sewajarnya terhadap individu terbabit,” katanya.

Artikel Berkaitan: