60 rumah terbakar di Kampung Otentik

No Image Caption
A
A
A

TAWAU - Dianggarkan 60 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Otentik, Tanjung Batu Keramat di sini malam tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Tawau, Sharudy Delamin berkata, pihaknya mengalami kesukaran memadamkan api berikutan faktor pergerakan angin kuat selain kedudukan rumah yang rapat.

"Bomba menerima panggilan kecemasan pada 7.51 malam sebelum empat jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama 53 anggota dari Balai Bomba Tawau bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebuah jentera FRT dari Balai Bomba Kunak turut dikerah ke lokasi berkenaan. Api berjaya dikawal pada 12.48 tengah malam dan padam sepenuhnya pada 3 pagi," katanya.

Menurutnya, sumber air yang digunakan bagi kerja-kerja pemadaman adalah melalui pili bomba serta air sungai berdekatan.

"Proses memadamkan api itu turut dibantu penduduk kampung serta Bomba Sukarela Merotai selain anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Rela.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku manakala punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: