Cubaan bot asing menyamar gagal

Bot nelayan asing yang ditahan kira-kira 117 batu nautika dari Kuala Kemaman pada jam 10.05 pagi semalam dibawa ke Jeti Zon Maritim Kemaman.
Bot nelayan asing yang ditahan kira-kira 117 batu nautika dari Kuala Kemaman pada jam 10.05 pagi semalam dibawa ke Jeti Zon Maritim Kemaman.
A
A
A

KEMAMAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kemaman menahan sebuah bot nelayan asing yang menyamar sebagai bot tempatan bersama 14 nelayan termasuk tekong warga Vietnam menerusi Operasi Iman yang dilaksanakan di perairan Terengganu.

Pengarah Maritim Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata, bot asing dengan nombor pendaftaran PAF 4904 berkenaan ditahan pada jarak lebih kurang 117 batu nautika dari Kuala Kemaman pada jam 10.05 pagi semalam.

Nombor pendaftaran Malaysia dipamerkan bot nelayan Vietnam bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Nombor pendaftaran Malaysia dipamerkan bot nelayan Vietnam bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

"Kami percaya bot berkenaan menggunakan nombor pendaftaran tempatan dengan penemuan bongkah nombor pendaftaran Malaysia untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

"Ekoran penahanan ini, turut dirampas ialah hasil tangkapan ikan sebanyak dua tan dan peralatan menangkap ikan dianggarkan bernilai RM1 juta termasuk nilai bot,” katanya pada sidang media di Jeti Zon Maritim Kemaman di sini hari ini.

Menurut Rashidilhadi, 14 nelayan Vietnam termasuk tekong yang ditahan berumur dalam lingkungan 26 hingga 48 tahun.

Rashidilhadi menyoal siasat 14 nelayan warga Vietnam yang tiba di Jeti Zon Maritim Kemaman hari ini.
Rashidilhadi menyoal siasat 14 nelayan warga Vietnam yang tiba di Jeti Zon Maritim Kemaman hari ini.

Beliau memberitahu, bot dan hasil rampasan bersama nelayan Vietnam dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Kemaman untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

“Kes ini akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana bot beroperasi tanpa lesen yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan,” katanya.

Katanya, APMM memandang serius isu pencerobohan nelayan asing dan akan mempertingkatkan lagi rondaan dan kawalan di Zon Maritim Malaysia bagi memastikan perairan negara sentiasa selamat dan terpelihara.