X

Kindly register in order to view this article
!

Jangan perbesarkan isu bendera terbalik

Norwahidah menyerahkan bendera kepada kanak-kanak orang asli Kampung Podek, Pos Kuala Betis kelmarin.
A
A

GUA MUSANG - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Kelantan menggesa masyarakat di negara ini supaya tidak memperbesarkan isu pemasangan Jalur Gemilang terbalik.

Pengarahnya, Norwahidah Zinalibdin berkata, isu pemasangan bendera terbalik itu sengaja diperbesarkan bagi menyuntik rasa kurang senang rakyat di negara ini untuk mengeruhkan keadaan.

"Isu berkenaan tidak perlu diperbesarkan kerana ia adalah kesilapan teknikal. Malah, kita difahamkan, ada beberapa isu yang sama sudah berlaku beberapa tahun lalu.

"Ia sengaja ditimbulkan bagi menyuntik rasa kurang senang rakyat Malaysia untuk mengapi-apikan keadaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jelajah Merdeka Sempena Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2019 Peringkat Negeri Kelantan kelmarin.

Beliau berkata, bagaimanapun diharap kes pemasangan bendera terbalik atau seumpanya tidak akan berulang lagi di negara ini.

"Kita juga sentiasa memastikan agar pemasangan bendera ini tepat dalam setiap aktiviti atau program yang dijalankan.

"Sebagai rakyat yang menghormati serta sayangkan negara, kita perlu menyemarakkan rasa cinta kepada negara," katanya.

Dalam program berkenaan, lebih 100 peserta berakit sejauh 10 kilometer dengan 25 rakit di sepanjang Sungai Peragat ke Sungai Kuala Betis.

ARTIKEL BERKAITAN:

Satu kes pasang Jalur Gemilang terbalik dikesan di Kuantan

'Jangan panaskan yang sedia ada panas sekarang'


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!