Tunku Ismail arah SMK Tanjung Adang ditutup sementara

Tunku Ismail ketika membuat lawatan ke SMK Tanjung Adang, Gelang Patah hari ini.
Tunku Ismail ketika membuat lawatan ke SMK Tanjung Adang, Gelang Patah hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Adang, Gelang Patah ditutup sementara waktu demi menjaga kesihatan pelajarnya.

Titah berkenaan dinyatakan baginda selepas melakukan lawatan ke sekolah yang mempunyai seramai 200 pelajar berkenaan hari ini berhubung insiden kebakaran hutan di Kampung Pekajang yang masih berlarutan sehingga kini.

Terdahulu, Tunku Ismail turut mencemar duli meninjau kawasan kebakaran yang kini dilaporkan sudah merebak ke kawasan baharu dengan keluasan 98 hektar dari lokasi pertama terbakar.

Baginda turut diberikan taklimat perkembangan terkini operasi pemadaman api oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Datuk Yahaya Madis.

Tunku Ismail (kiri) ketika meninjau lokasi kebakaran di Kampung Pekajang, Gelang Patah hari ini.
Tunku Ismail (kiri) ketika meninjau lokasi kebakaran di Kampung Pekajang, Gelang Patah hari ini.

Sementara itu, Yahya dalam kenyataannya semalam berkata, JBPM Johor sudah berjaya memadamkan sebanyak 45 peratus daripada kawasan kebakaran yang terjejas.

Katanya, operasi pemadaman api mengalami sedikit gangguan kerana bekalan air sungai dan parit di kawasan itu tidak dapat menampung kegunaan untuk operasi berkenaan dan terpaksa menggunakan bantuan pili bomba berhampiran.

“Operasi pemadaman dilakukan seramai 79 anggota termasuk pegawai kanan dari 10 buah balai di kawasan Zon 1 Johor dan sebuah balai dari kawasan Zon 2 Johor.

Artikel Berkaitan:

“Sebanyak lima ‘water tanker’ berkapasiti 20,000 liter digunakan untuk mengangkut air yang diambil dari pili bomba berdekatan untuk memadamkan kebakaran itu,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kebakaran hutan Gelang Patah, 60 peratus sudah dipadam

Kebakaran 2.4 hektar hutan berbukit berhampiran Legoland dipadamkan