Kebakaran hutan Gelang Patah, 60 peratus sudah dipadam

Anggota bomba ketika memadamkan kebakaran di hutan berkenaan.
Anggota bomba ketika memadamkan kebakaran di hutan berkenaan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kira-kira 60 peratus daripada 16 hektar keluasan kebakaran hutan di Kampung Pekajang, Gelang Patah yang terbakar sejak Rabu lalu sudah berjaya dipadamkan.

Ketua Zon 1 JBPM Johor, Penguasa Kanan Bomba 1, Mohd Faizul bin Selamat berkata, operasi mengawal kebakaran berkenaan kini diteruskan dengan usaha pembinaan ‘fire break’ bagi mengekang api daripada merebak.

“Sebanyak 12 jentera termasuk bantuan jentolak dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Jabatan Kerja Raya Negeri Johor dan penduduk tempatan digunakan dalam operasi kali ini.

“Buat masa ini kebakaran sudah berjaya dikawal dan bomba masih meneruskan pembinaan ‘fire break’ iaitu parit berair untuk mengelakkan api merebak ke kawasan lain,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mohd Faizul berkata, anggota terlibat dengan operasi memadamkan kebakaran ini juga masih kekal dengan kekuatan 70 anggota daripada 10 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Zon 1, Johor.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan kerja-kerja memadamkan api di kawasan berkenaan sudah dijalankan sejak tiga hari lalu yang mana pada mulanya hanya melibatkan 1.6 ekar (0.65 hektar) kawasan hutan.

ARTIKEL BERKAITAN: 16 hektar kawasan hutan di Gelang Patah terbakar

Artikel Berkaitan: