PH semakin menuju perpecahan: Zahid

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) semakin menuju perpecahan selepas wujud rasa tidak percaya yang ketara dalam kalangan pemimpin parti gabungan itu.

Memetik laporan Malaysiakini, Ahmad Zahid berkata, keadaan itu menyebabkan berlaku fenomena baharu dalam PH iaitu ‘kelemayuh’ politik.

“PH bersungguh-sungguh cuba memberitahu rakyat bahawa mereka adalah relevan, namun realitinya berbeza apabila masing-masing memasang strategi untuk menguasai satu sama lain.

“Tidak mustahil PH dalam masa terdekat ini akan menamatkan riwayatnya dalam senyap kerana itulah akibatnya (perpecahan dalam),” katanya ketika Perhimpunan Agung MIC ke-73 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Mengulas lanjut perkara itu, kata Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat bersendirian dalam menghadapi konflik dan krisis dalaman PH.

Tambahnya, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga didakwa menolak kepimpinan Dr Mahathir melalui perancangan strategi yang kini aktif dilaksanakan.

“PH bersungguh-sungguh cuba memberitahu rakyat bahawa mereka adalah relevan, namun realitinya berbeza apabila masing-masing memasang strategi untuk menguasai satu sama lain,” katanya.

Artikel Berkaitan: