Stor simpan kabel elektrik terbakar

Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran.
Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebuah stor penyimpanan kabel elektrik sebuah kilang di Jalan Bertam 2 dekat Taman Daya, di sini terbakar petang semalam.

Komander Operasi merangkap Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Saiful Bahri Safar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6.48 petang.

Menurutnya, empat jentera membabitkan sembilan anggota dari BBP Tebrau dikerahkan ke tempat kejadian.

"Selain itu, dua jentera dari BBP Johor Jaya membabitkan 11 anggota dan tiga jentera dengan kekuatan 14 anggota BBP Johor turut memberi bantuan dalam operasi ini," katanya.

Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran.
Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran.

Saiful Bahri berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Kebakaran melibatkan bahagian stor simpanan kabel elektrik berukuran 30 kaki x 30 kaki yang bangunan tersebut jenis separuh kekal satu tingkat," katanya.

Beliau berkata, punca serta anggaran masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan kira-kira jam 10.16 malam tadi.

Artikel Berkaitan: