X

Kindly register in order to view this article
!

Nizar gagal pertahan jawatan AJK Amanah Gopeng

Badrin (duduk, tengah) bersama ahli Amanah Kawasan Gopeng pada mesyuarat tahunan parti itu hari ini.
A
A

IPOH - Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin gagal mempertahankan jawatannya sebagai Ahli Jawatankuasa Amanah Kawasan Gopeng pada Mesyuarat Tahunan Kawasan Gopeng yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia, Ipoh hari ini.

Perkara berkenaan diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Amanah Perak, Akhiruddin Taib selepas proses undian dan pengiraan undi selesai dibuat hari ini.

Mohamad Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat itu tewas setelah tidak mendapat undi 15 teratas.

Pada pemilihan berkenaan, seramai 70 perwakilan telah menjalankan tanggungjawab memilih 15 ahli jawatankuasa daripada 22 calon yang bertanding.

Sejurus keputusan diumumkan, kesemua 15 ahli jawatankuasa baharu yang rata-rata adalah muka lama telah mengadakan mesyuarat untuk melantik ketua, timbalan ketua dan naib ketua Amanah bagi kawasan berkenaan.

Badrin Abdul Khalid kekal sebagai Ketua Amanah Kawasan Gopeng, manakala Shahari Anuar Ibrahim dilantik sebagai timbalan dan jawatan naib ketua disandang Mat Razali Abdul Rahman serta Abdul Aziz Omar.

Mesyuarat Tahunan Parti Amanah Negara (Amanah) Kawasan Gopeng dirasmikan Ketua Menteri Melaka yang juga Ahli Jawatankuasa Amanah Nasional, Adly Zahari.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus