Sungai Lukut Kechil hitam bukan sebab pencemaran

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PORT DICKSON - Warna air Sungai Lukut Kechil di sini bertukar hitam bukan disebabkan pencemaran sebaliknya dipercayai berpunca daripada aktiviti kerja pembersihan dan pelebaran parit berhampiran sungai berkenaan.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, keputusan itu diperoleh selepas Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri membuat pemeriksaan pada 12 dan 15 Ogos lalu bagi mengetahui punca perubahan air hitam di sungai terbabit.

"Pihak JAS telah menerima aduan daripada ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Lukut, Choo Ken Hwa pada 11 Ogos lepas berhubung kejadian tersebut yang membimbangkan penduduk dan nelayan.

"JAS Negeri Sembilan telah mengambil sampel air sungai tersebut dan mendapati keadaan pH adalah normal," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, penguatkuasaan dan pemantauan terhadap premis serta loji kumbahan di kawasan Port Dickson akan dilakukan oleh JAS bagi memastikan efluen yang dilepaskan mematuhi standard ditetapkan dan tidak melakukan pencemaran kepada alam sekitar.

Artikel Berkaitan: