Lori tangki rempuh gerai sebelum masuk parit

Keadaan lori terbabit yang terbabas merempuh sebuah gerai lalu terjunam ke dalam parit.
Keadaan lori terbabit yang terbabas merempuh sebuah gerai lalu terjunam ke dalam parit.
A
A
A

SEKINCHAN - Sebuah lori tangki terjunam ke dalam parit selepas merempuh sebuah gerai buah-buahan di Kilometer 74 Jalan Teluk Intan-Klang di sini petang semalam.

Kejadian jam 4 petang itu berlaku apabila lori berkenaan hilang kawalan lalu merempuh gerai terbabit menyebabkan buah bertaburan, namun peniaga gerai dilaporkan selamat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, kejadian berlaku ketika pemandu lori berusia 48 tahun dalam perjalanan dari sebuah kilang di Teluk Intan menghala ke Westport, Klang.

"Sebaik tiba di lokasi, pemandu yang berada di lorong sebelah kiri cuba menukar lorong kanan kerana jalan di tempat kejadian dalam pembinaan.

"Bagaimanapun sebuah kereta dalam keadaan laju cuba memotong lori tangki terbabit menyebabkan pemandu lori mengelak ke kiri dan melanggar pengadang konkrit di kiri jalan," katanya.

Chee Khoon berkata, pelanggaran itu mengakibatkan pemandu lori hilang kawalan dan merempuh sebuah gerai di kiri jalan lalu terjunam ke dalam parit.

"Kemalangan itu menyebabkan lori tangki mengalami kerosakan pada bahagian hadapan dan kiri," katanya.

Menurutnya, pemandu yang mengalami sakit di bahagian dada selepas kemalangan itu dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tanjong Karang

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59," katanya.