Kedudukan Paul Yong akan dibincang: MB Perak

Ahmad Faizal
Ahmad Faizal
A
A
A

IPOH - Kedudukan Exco Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak, Paul Yong Choo Kiong dalam pentadbiran kerajaan akan diputuskan selepas satu perbincangan dilakukan dalam masa terdekat ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya mengambil maklum perkara itu dan mengakui sebarang keputusan terutama melibatkan hal-hal pentadbiran perlu dititikberatkan dengan mengambil kira pandangan banyak pihak.

"Saya masih belum dapat bertemu dengan beliau, Insya-ALLAH apabila dapat berjumpa nanti kami akan duduk berbincang.

"Kita sudah berada dalam tempoh pentadbiran yang baik dan saya yakin dapat merungkai apa juga masalah yang timbul, apa juga keputusan akan diumumkan dalam masa terdekat ini," katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan wakil rakyat DAP itu bahawa tetap akan meneruskan tugas selaku Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri selagi belum disabitkan bersalah.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu berdepan tuduhan merogol seorang pembantu rumah warga Indonesia.

Susulan itu, Ahmad Faizal dalam satu kenyataan telah menasihatkan agar beliau bercuti daripada tugas-tugas rasmi termasuk tidak mengambil bahagian dalam apa juga mesyuarat yang melibatkan membuat keputusan sehingga proses perbicaraan selesai.

Dalam perkembangan sama, Speaker Dun Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menyambut baik perbincangan lanjut diadakan dan ia perlu melibatkan pandangan semua parti komponen dalam pentadbiran.

Artikel Berkaitan:

Katanya, saranan awal dibuat Menteri Besar sebelum ini adalah amalan biasa terhadap mana-mana wakil rakyat yang berdepan tuduhan di mahkamah.

"Tetapi ia dikeluarkan sebelum mengetahui adanya maklumat baharu bagi membantu siasatan berkenaan, sewajarnya keputusan terhadap peranan Paul Yong dalam kerajaan dibuat selepas siasatan penuh lengkap," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Exco Perak mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol

ARTIKEL BERKAITAN: MB Perak nasihat Paul Yong bercuti

ARTIKEL BERKAITAN: Paul Yong bertegas mahu teruskan tugas