Penumpang maut, bas langgar lori

Bas hilang kawalan selepas melanggar belakang lori lalu terbabas di kanan jalan.
Bas hilang kawalan selepas melanggar belakang lori lalu terbabas di kanan jalan.
A
A
A

HULU SELANGOR - Seorang penumpang bas maut manakala 17 yang lainnya cedera selepas bas ekspres dinaiki mereka melanggar belakang sebuah lori di KM 397.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Azman Ab Rahman berkata, dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, wanita warga Myanmar, Somera Begum Muhammad Kassim, 33, maut di lokasi kejadian selepas tercampak dari bas yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, kejadian dipercayai berpunca bas dipandu lelaki berusia 32 tahun melanggar lori di lorong kiri sebelum terbabas ke lorong kanan jalan.

Bas hilang kawalan selepas melanggar belakang lori lalu terbabas di kanan jalan.
Bas hilang kawalan selepas melanggar belakang lori lalu terbabas di kanan jalan.

"Bas ekspres membawa 27 penumpang dan 17 daripadanya mengalami kecederaan termasuk luka di bahagian kepala dan lutut serta retak pergelangan kaki dibawa ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut.

"Pemandu bas turut cedera ringan di kaki manakala 10 penumpang lain tidak mengalami kecederaan telah beredar dari lokasi kemalangan," katanya.

Azman berkata, semakan trafik mendapati bas ekspres itu mempunyai 40 rekod saman yang masih belum dijelaskan.

"Ia termasuk 37 saman melibatkan pandu laju, satu kesalahan langgar lampu isyarat dan kemalangan serta satu saman tidak melaporkan kemalangan dalam tempoh 24 jam.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun tiada saman di bawah nama pemandu bas itu direkodkan," katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.