Dua kenderaan terperosok dalam parit

Salah sebuah kenderaan yang terperosok ke dalam parit dalam kejadian berkenaan.
Salah sebuah kenderaan yang terperosok ke dalam parit dalam kejadian berkenaan.
A
A
A

SABAK BERNAM - Dua kenderaan terperosok ke dalam parit selepas masing-masing hilang kawalan di Jalan Parit 5 Setengah, Sungai Besar di sini malam tadi.

Kejadian jam 8.30 malam itu berlaku ketika kenderaan jenis Mitsubishi ASX dipandu seorang pesara polis dan Proton Wira dinaiki dua peniaga ayam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, kedua-dua kenderaan dari arah sama dalam perjalanan dari Sungai Besar menghala ke Bagan Terap.

"Kejadian berlaku sewaktu pemandu Mitsubishi ASX berusia 61 tahun berada di hadapan dipercayai memandu di laluan tengah jalan.

"Bagaimanapun, tiba di tempat kejadian, Proton Wira dipandu lelaki berusia 22 tahun bersama penumpang 23 tahun cuba memotong Mitsubishi terbabit.

"Bagaimanapun, Proton Wira dihimpit kenderaan terbabit menyebabkan kedua-dua kenderaan cuba mengelak lalu masuk ke dalam parit di sebelah kanan," katanya.

Menurutnya, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kemalangan itu dan kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/5.

Artikel Berkaitan: